Thursday 21 August 2014

Kesalahan Jenayah Gangguan Seksual

Saya pasti ayat 'Sexual Harassment' ataupun 'Gangguan Seksual' mesti pernah didengar oleh semua orang. Tidak kira gangguan tersebut berlaku terhadap wanita mahupun lelaki, dan gangguan tersebut boleh berlaku di mana-mana (tempat kerja, tempat awam, dan sebagainya).

Kesalahan gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua jenis:
a. Pertama, melibatkan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan iaitu melibatkan serangan fizikal (terhadap tubuh badan).
b. Kedua, melibatkan perkataan yang diucapkan ataupun sebarang isyarat yang dibuat dengan niat untuk mengaibkan kehormatan seseorang.

Setakat ini tidak ada akta spesifik yang merangkumi undang-undang ataupun tatacara mengenai kesalahan jenayah gangguan seksual. ini bermakna segala kesalahan jenayah gangguan seksual akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan (Penal Code).

Bagi kesalahan pertama diatas, selepas mangsa/pengadu membuat laporan polis, kertas siasatan akan dibuka oleh Pegawai Penyiasat (IO) dibawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan;

Seksyen 354 Kanun Keseksaan:
Barang siapa menyerang atau menggunakan kekerasan jenayah kepada mana-mana orang dengan niat hendak mencabul kehormatan atau mengetahui dengan jalan demikian itu mencabul kehormatan orang itu.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai 10 tahun atau boleh dikenakan denda, atau boleh dikenakan sebat, atau boleh dihukum dengan mana-mana dua daripada seksaan tersebut.

Bagi kesalahan kedua diatas, kertas siasatan akan dibuka di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan;

Seksyen 509 Kanun Keseksaan:
Barang siapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang menyebut apa-apa perkataan atau membuat apa-apa bunyi atau isyarat yang boleh didengar atau didengar hingga mengganggu kesantunan seseorang itu.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai 5 tahun atau boleh dikenakan denda atau boleh dihukum dengan kedua-duanya.

2 comments:

  1. jika kita tengah berjalan masa hujan ,tiba-tiba ada pasangan menantu dan mak bawak cucu,tiba-tiba lelaki itu sedang berjalan meluru tapi menghala ke arah keluarga cina tersebut dan tali pingang tersebut itu terlerai dan terjatuh akibat pingang yang gemuk dan buncit,dan kanak itu terlihat maka adakah ia dikira sex offeders.jika sex offendrs itu ada niat sex dan melakukan tempat tertutup dan ia memilih mangsa kanak,taidak logik baik ia main pelacur ,dengan umur yang tua dan sedap .adakah ia disabitkan kesalah,jika tali pinggang terjatuh.

    ReplyDelete
  2. Dear Shidi, kalau kesalahan merakam gambar panties (the recent case) does that fall under the category of outrage of modestry, section 354?

    ReplyDelete