Friday 22 August 2014

Kesalahan tidak membawa kad pengenalan diri

Kad pengenalan diri seharusnya dibawa kemana-mana anda pergi bermula anda keluar dari rumah. Anda boleh ditangkap dan didakwa di bawah Peraturan 25 (1) (n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang mana jika sabit kesalahan anda boleh dipenjarakan untuk temph tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 ataupun kedua-duanya sekali.

Harus ingat bahawa kesalahan tidak membawa kad pengenalan diri termaktub sebagai kesalahan yang boleh tangkap (seizable offence) yang mana pihak berkuasa tidak memerlukan waran tangkap.

Sekiranya anda telah kehilangan kad pengenalan (selain daripada dirompak, atau diragut) anda tidak perlu membuat laporan polis. Ini berdasarkan pindaan kepada Arahan Jabatan Pendaftaran Negara Bil 10/2007 yang mengatakan bahawa permohonan gantian kehilangan kad pengenalan hendaklah diproses tanpa mengambil kira samada pemohon ada membuat laporan polis ataupun tidak. Namun pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Pengecualian Bayaran Fi Hilang Kad Pengenalan untuk merayu agar mendapatkan pengurangan fi atau pengecualian.

No comments:

Post a Comment